Sunday, January 3, 2016

Segmen Awak Orang Mana?

 Segmen Awak Orang Mana

Assalamualaikum, so, harini aku join Segmen Awak Orang Mana yang dikendalikan oleh kak Rrai . Kalau korang nak join sekali, boleh lah klik banner aku tu. Klik je jangan malu malu, dan jom lah join ramai ramai :D


Okay first of all, nama aku, ERIN ISA, boleh panggil Erin je, berasal daripada, ENDAU,JOHOR. Mana yang tak tahu dekat mana letaknya Endau tu, sebenarnya dia dalam area area Mersing je, tapi nama spesifik dia ENDAU lah. Setelah aku buat ujikaji, ceh ujikaji, hahaha setelah aku baca lah orang yang join segmen kak Rrai ni, majoriti nya ramai orang JOHOR. Bangga betul aku bila ramai orang JOHOR yang berblogging ni. Heheheh okay btw, saya nak pilih warna Merah Biru boleh tak kak Rrai? Hihihi

Aku berasal daripada ENDAU,JOHOR, tapi aku sekarang menetap di TAMAN DESA,ENDAU,JOHOR. Lokasi rumah aku ni amatlah spesifik, sumpah spesifik sangat, berdekatan dengan sekolah menengah, which is ex high school aku dan juga dekat dengan sekolah kebangsaan. Memang dekat sangat, kalau jalan kaki pun memang sampai punya tak mengambil masa berejam mahu pun berpuluh minit.

Tempat aku ni, tak ada banyak tempat menarik sangat, tapi tempat aku ni dekat sangat dengan PENYABONG dan TANJUNG RESANG sebab tu aku kata spesifik, hihi. Tempat tempat ni amatlah famous dekat tempat aku ni, malah artis pun pernah datang sini and shooting dekat situ. PENYABONG pernah jadi telemovie dekat TV3 dan pelakon dari telemovie tu pun pernah dapat award dekat ANUGERAH SKRIN 2015 tapi aku tak pasti award apa dan siapa pelakon nya sebab masa tu aku dekat kolej, tak ada tv heheh. Dan lagi satu, pernah tengok tak cerita dekat ASTRO PRIMA, bertajuk "Cik Paris Diva Masuk Kampung", lakonan Liyana Jasmay dan Izzue Islam. Haa, dorang berlakon kat tempat aku lah. Hehehehe

PENYABONG dan TANJUNG RESANG ni, tempat dia memang cantik, pantai pantai bersih, and dekat situ tempat orang buat keropok lekor, nyum nyum. Bukan dekat terengganu je tau ada keropok lekor fresh, dekat tempat aku pun ada disebabkan berhampiran dengan laut/pantai jadi memang banyak lah sumber perikanannya. Selain daripada sumber perikanan, PENYABONG dan TANJUNG RESANG ni pun dijadikan tempat pelancongan, ramai juga pelancong luar yang datang dan bercuti dekat situ sebab ada resort, and so far feedback dari mereka semua nya positif. And korang, kalau nak bercuti pun aku mengalu alukan kehadiran korang ke tempat tu.
Selain daripada tu, dekat PENYABONG ni pun ada KELONG, kelong tu tempat untuk orang orang memancing, aku tak pernah pergi lagi, tapi feedback dari orang orang terdekat aku, dorang kata KELONG best, mengambil masa dalam 45 minit kot perjalanan dari penyabong ke sana dengan menaiki bot, korang boleh memancing dekat situ, sebab dia duduk dekat tengah tengah laut memang unik sangat, and boleh bermalam dekat situ kalau tak silap aku, dan KELONG ni pernah keluar dekat Majalah 3 jugak.

So, itu sahaja dari aku, bagi sesiapa yang teringin nak makan keropok lekor fresh sambil menikmati keindahan pantai pantai dan laut, boleh lah datang ke sini, sambil sambil tu boleh juga korang pergi ke Kelong, kalau rasa nak memancing. Hehehe, lagi satu takyah susah susah pergi Terengganu nak makan keropok lekor fresh, dekat tempat aku pun ada. Hehehe jom!

Segmen ini akan tamat pada 22 JANUARY 2016, jom ramai ramai kita join!

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png