KUCING MEROYAN - SELEPAS BERSALIN?

ASSALAMUALAIKUM WBT

Hasil carian imej untuk gambar ibu kucing

Salam malam jumaat buat semua rakan rakan bloggers dan pencinta kucing sekalian, dan untuk sesiapa yang sedang membaca entry ini sekarang. Setelah sekian lama aku tak update entry terbaru. Baiklah, tanpa melengahkan masa dari cerita tentang perkara yang tak ada kaitan langsung, harini aku nak cerita tentang 'KUCING MEROYAN', jangan ingat manusia je ada meroyan tau, kucing pun ada. Ini kerana benda ni terjadi kepada kucing aku sekarang, which is aku taktahu sebenarnya sama ada ianya adalah meroyan atau tidak, tapi kalau ikut kata mak aku, dia cakap kucing ni tengah meroyan.

Baik, begini ceritanya, kucing aku ni nama dia Dindee, sebutan 'Dindi', waktu bulan puasa haritu dia dah beranak, dapat lah anak dua ekor, dan diberi nama Bei dan Bo, bei dan bo ni pula memang manja sangat dengan dindee, yelah dah itu ibu dia kan, even dah besar, dah pandai makan nasi, cebok berak sendiri pun still menyusu tetek mak dia. tapi, dua bulan kemudian, Dindee ni bunting lagi ya tuhan, tapi tak kisah la kan, sebab yang bunting tu dia, bukan aku.

Hahaha, tapi nak dijadikan cerita, sewaktu dia bunting untuk kali kedua, actually dah banyak kali dia bunting tapi banyak yang mati, yang menjadi hanyalah waktu dia bunting Bei dan Bo, okay, waktu dia bunting kali ni, dia benci sangat kalau bei dan bo, pergi dekat dengan dia, like even bei dan bo tak buat apa pun, just duduk tapi bila dindee lalu and nampak anak dia dua ekor tu, mesti dia berbunyi macam marah gitu. Aku pun marah la jugak, padahal anak dia tak buat apa apa pun dekat dia. 

Paling aku geram sekali, waktu tengah makan, dia makan sekali dengan anak anak dia, tapi tengah makan tu, boleh pulak dia belasah anak dia wei, dia tak suka anak dia makan sekali, aku ni dengan kuasa si bapak kucing, aku marah la dindee, aku cakap "kau ni aku tahu la kau bunting, tapi takkan la anak kau sendiri pun kau nak belasah!", lepas dia dengar pekikan dari aku tu, terus dia berundur, and tunggu anak dia makan dulu, tapi tu tak berakhir kat situ je, hari hari lepas tu pun dia masih belasah lagi anak dia

Sampai lah.... hari semalam bertarikh, 13 september 2018, aku taktahu la apa mimpi dia, mungkin sebab dia dah nak beranak kot, dia baik sangat dengan anak dia dua ekor tu, siap belai belai manja, jilat jilat anak dia. Tapi, masalahnya, lepas aje dia beranak, dapat sekor jela anak, dia tak layan pun anak dia yang baru lahir tu, anak dia yang baru lahir tu menangis memanggil dia, tapi dia sibuk pergi melayan anak dia si bei dan bo, padahal, sebelum ni kemain kau sombong sangat kan, dengan anak sendiri tu pun kau nak belasah. Eh tetiba, harini sibuk cari bei dan bo sampai dia pergi gigit leher macam dia buat bei dan bo tu masih kecik lagi, sedangkan anak dia yang baru lahir tu, dia biarkan macam tu je.

Jadi, aku nak tanya la para bloggers atau pembaca ni semua, kalau korang pernah alami perkara yang sama macam aku ni sebab aku sakit hati tengok si dindee pergi gigit anak dia si bei dan bo tu macam dorang tu kecik lagi, sampai tak bersuara budak budak tu digigitnya and nak bawak duduk dengan dia, aku pun marah la, sebab anak dia yang baru lahir tu lagi penting dari bei dan bo, haih.

Kalau korang pernah alami, share share lah macam mana korang handle benda macam ni jadi dan kalau betul lah apa yang jadi ini sama dengan meroyan, huhuhu. Aku tak sanggup wei nak marah kucing aku hari hari, hahaha, aku tak sanggup tengok bei dan bo yang dah besar panjang kena gigit dekat leher macam dua budak tu masih baby lagi. Harap, korang sudi sudi membantu aku.

Terima kasih.


Comments

  1. salam,sy nk tanya saudara/saudari, mcm mne dah dgn kucing saudara/i?
    situasi kucing sy pon sama mcm saudara/i...
    sy xthu nk buat mcmmne lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Saya tak buat apa apa pun, as days goes by dia pulih sendiri. Hahaha.

      Delete
  2. Assalamualaikum haa saya punya kucing pun pelik bebeno time dia nk lahirkan anak boleh dia nk anak dia yang dah beso panjang tu ade sakli dengn dia dia lahir dalam cage dia nk anak dia ddk seklai ngn dia mase dlm cage tu ya allah bile anak dia lari haa si nak ni nk lahir air ketuban darah dah nitik nitik dah pegi ikut dok manhgil manggil anak dia pening palo den ni dah beranak duk meroyan meow meow nk cakap tempat tak selesa dah sedia tempat lain same jugak meow meow duk bising haihh

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum...Saya pun alami nasib yg sama,lepas beranak x dihiraukn ank nya...sy terpaksa tumpang kn ank nya menyusu kat kucing lain...agak2 kucing sy ni akan bg menyusu ke kat ank nya

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila jaga kata kata anda.Terima kasih.

Popular Posts