SIJIL LEPASAN DIPLOMA DARI KPM VALID ATAU TIDAK?

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Image result for curiosity picture

Hai korang, dah lama aku tak membebel dekat sini kan? Last posting aku adalah pada tahun 2018. Lama betul tak update info terkini. Hahaha almaklum lah sibuk sikit sekarang ni sejak umur dah meningkat 24 tahun ni banyak juga komitmen hehe. Okay lah tanpa perlu membebel benda yang tak penting panjang panjang, sekarang aku nak share sedikit info dengan korang semua memandangkan ramai lah jugak lepasan SPM yang hubungi aku dekat twitter dan bertanyakan tentang soalan ; 
                         
     "Sijil KPM ni valid tak kalau nak sambung degree atau kerja?"

Okay guys, disebabkan ramai tanya soalan ni dekat aku, dan memang benda sama saja aku reply mostly to everyone. Sini lah aku cerita serba sedikit tentang aku. Aku sekarang dah sambung belajar di UiTM Puncak Alam, selangor dengan menggunakan sijil lepasan diploma aku dari Kolej Profesional Mara. Alhamdulillah everything went well, waktu aku apply upu pun memang nama kolej aku tertera di dalam senarai. Berkenaan dengan course yang aku ambil pula? Okay bab course ni aku jauh sikit lah tersasar, dari English Communication terus kepada Tourism Management, sebab aku rasa aku lebih minat ke arah itu.

Okay guys, sambung lagi, korang jangan risau, sijil lepasan diploma dari KPM ni memang valid weh, kawan aku ada sekarang yang dah sambung belajar di luar negara dan ada juga yang sambung belajar di USM, UKM, UPM, UMT, name it. Dorang pun guna sijil lepasan diploma dari KPM sama macam aku.  Jadi korang jangan lah risau sangat. Hahaha. Cuma bab course untuk korang pilih di Universiti awam nanti, korang kena lah pilih yang betul betul kena dengan citarasa korang dengan ikut pointer korang.Contoh, korang nak apply course accounting pun tak ada masalah, tapi mesti lah kena ikut syarat syarat yang diberi. Apa syaratnya? Syaratnya, korang kena tengok dekat course accounting tu, berapa minimum pointer dari diploma korang kena dapat? Contohnya accounting minimum dia nak 3.5, tapi kalau korang dapat 3.3 tak payah lah apply sebab memang tak akan dapat. Nanti jangan menyesal pulak tiba tiba tak dapat and then korang salahkan KPM. Hahahah no guys. 

Berkenaan dengan pekerjaan pula? Kawan aku ada je yang dah bekerja sekarang, tak sambung degree pun tapi terus bekerja hanya dengan sjil diploma KPM jelah. Alhamdulillah elok je kerja sekarang.

Satu je aku nak cakap dengan korang yang teringin nak sambung belajar dekat KPM tapi takut diperlekehkan oleh family members atau kawan kawan korang. Korang tak payah dengar cakap dorang, kalau korang nak sambung belajar kat KPM, teruskan aje. Sama je dekat mana mana pun korang sambung belajar tapi kalau korang ikhlas, insyaAllah mesti boleh berjaya. Ramai je student lepasan diploma dari KPM yang dah berjaya sekarang. Cuma korang kena berusaha lah untuk berjaya macam orang lain. Nak dengar kata kata orang ni, sampai bila bila pun tak akan habis.

Jadi, percaya pada diri korang, apa yang korang nak buat. Kalau korang taknak bebanan hutang masa belajar banyak sangat, sambung jelah diploma dekat KPM, at least takpayah bayar balik elaun. Then, kalau korang masuk Universiti awam nanti, pinjam PTPTN, tak ada lah nak kena bayar banyak sangat kan? Tapi, kalau korang nak sambung diploma dekat kolej atau universiti yang lain pun ikut korang, sebab itu semua atas diri masing masing. Korang kena rajin dan ikhlas, insyaAllah  apa yang korang nak mesti akan tercapai.

Okay, dah jelas kan? Kalau tak jelas lagi korang boleh ajukan soalan dekat aku, tentang apa apa berkenaan KPM ni aku tak boleh nak jawablah sebab aku belajar dulu tahun 2015-2017. Sekarang ni aku tak tahu dah apa perubahan yang ada dekat KPM sekarang. Ni aku kongsikan apa yang aku tahu dan dari pengalaman aku dulu je. Thanks.

Aku harap, posting harini dapat membantu sedikit sebanyak tentang persoalan korang. Hehehe, bye!

Nak tahu cara cara apply Kolej Profesional Mara (KPM)? Boleh rujuk dan klik posting ini :


Comments

  1. Nak tanya kalau amik diploma kat kpm ni boleh transfer credit tak kat Uitm? Utk kurang kan Tahun belajar tu boleh ke?

    ReplyDelete
  2. upu majority memang tengok pointer 3.5 and above ke? kalau dapat 3.48 agak agak ada rezeki tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila jaga kata kata anda.Terima kasih.

Popular Posts