Jom sambung belajar di KOLEJ PROFESIONAL MARA

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Baiklah, memandangkan sekarang ni adalah musim ramai yang menyambunkan pelajaran ke peringkat ijazah atau diploma, jadi hari ini, aku nak ceritakan serba sedikit tentang kolej yang pernah aku belajar untuk diploma aku dahulu, dan aku tak pernah menyesal belajar dekat kolej ni dan ini adalah kolej yang paling bagus dan yuran sangat sangat murah.

Hasil carian imej untuk kolej profesional mara
KOLEJ PROFESIONAL MARA
Baiklah, gambar di atas tu, itu adalah lambang kolej aku, dan semua KOLEJ PROFESIONAL MARA yang wujud di Malaysia ini. atau singkatan bagi namanya ialah KPM, KPM dan KPTM adalah satu institusi yang berbeza. Apa yang berbeza? Baiklah, ni aku nak cerita...

First of all, KPM ni, hanya menawarkan program DIPLOMA sahaja. Jadi kalau korang nak sambung ijazah tu, dekat KPM ni memang tak ada, ianya hanya terbuka untuk pelajar lepasan SPM sahaja.
KPM juga ada 6 buah kolej di Malaysia ini, di Pahang, Johor, Selangor, Perak, Melaka (di Melaka, terdapat dua buah kolej KPM yang dibina). Korang boleh rujuk di dalam gambar di bawah, course yang ditawarkan juga ada lebih kurang 10 course. Dan course yang aku ambil pula sewaktu aku belajar di KPM, adalah course Diploma in English Communication di KPMIM, KPM indera mahkota, kuantan pahang pada tahun 2015. Tapi course ini dah dibuka di KPMSI, iaitu di KPM Seri Iskandar, perak. Jadi, untuk adik adik yang nak ambl course english, dan rasa kuantan tu jauh, boleh la apply yang dekat perak, okay?

Hasil carian imej untuk senarai dan tempat pengajian di KPM


KPM (Kolej Profesional Mara), bantuan semua ditanggung oleh MARA, elaun akan dapat setiap bulan, dan bagi aku lebih dari cukup, sebulan RM300, kalau time cuti sem pun korang akan dapat elaun jugak tau, RM150 dan paling best, elaun tu tak payah bayar balik pun, tak kira lah kau belajar dapat 4flat ke tak dapat 4flat ke, kau tak payah bayar balik pun, itu adalah satu kurniaan rezeki dari Allah, yang susah nak dapat kan. Moslty, kalau belajar mana mana, mesti kena bayar balik kan? 

Tapi, bagi KPM ni, tak payah bayar balik pun, melainkan kalau korang DTP (Ditamatkan pengajian), maksudnya, korang ada buat masalah disiplin sampai kena buang kolej, ha, itu memang korang kena bayar balik. Tapi kalau korang, tak ada masalah disiplin teruk pun, dan belajar sampai lah habis pengajian korang, tak perlu dibayar balik pun elaun yang MARA dah bagi tu. Bagus bukan? Kalau korang nak rasa berjimat, baik korang masuk KPM ni, nanti bila dah graduate, korang jadilah graduan yang bebas hutang, nanti bila korang masuk Universiti untuk sambung ijazah, tak ada lah pening kepala sangat banyak benda kena settle hutang, diploma lagi, ijazah lagi. 



Berkenaan dengan yuran pula, yuran dia tersangat lah murah, lagi murah berbanding institusi lain yang wujud dekat Malaysia ni, sebab apa? Sebab yuran nak masuk dia tak sampai RM200 pun, gila ke tak oi nak dapat murah macam tu dekat tempat belajar? Cuma, kalau korang baru first time nak masuk jelah kena bayar dalam RM320 macam tu atau kurang dari tu, tapi bayaran yuran untuk every sem,aku anggarkan dalam RM150 macam tu lah kalau aku tak silap atau kurang dari itu, tapi tak sampai RM200, tapi memang murah sangat.

Berkenaan lecturer ke lecturer semua okay dan sangat sangat mesra alam, asrama ke jangan risau, every KPM memang akan ada asrama disediakan, dan asrama dia sangat lah selesa adik adik oi. Cuma korang kena rajin je pergi aktiviti kolej, dan kumpul kupon aktiviti, kalau tak, korang akan ditendang keluar asrama, kena lah duduk rumah sewa. Jadi, kalau korang rasa nak senang, dan tak nak membazir duit bayar duit rumah sewa, korang kena jadi rajin pergi setiap aktiviti kolej untuk kumpul kupon, dan duduk asrama sampai akhir sem. Macam aku la, setiap sem aku duduk asrama, tak pernah kena tendang keluar asrama pun. 

korang boleh daftar di laman web ni ; UNIT PUSAT INSTITUSI MARA

Tapi, ramai yang selalu tersilap sebut antara KPM dan KPTM, ada perbezaan ya, KPTM dan KPM tu, KPM ada lah insitusi yang semua ditanggung oleh MARA, manakala KPTM pula sebaliknya, KPM tak perlu bayar balik elaun tetapi bagi KPTM pula, kena bayar balik kalau dah pinjam tu. 

Jadi adik adik, boleh lah korang sambung belajar dekat KPM ni, memudahkan lagi diri korang dan juga parents korang, tak lah susah susah nak bayar sampai beratus ribu untuk diploma, kalau ijazah nanti dah senang, korang dah tak ada hutang nak kena bayar sewaktu diploma melainkan hutang dengan member tu jangan buat buat lupa pulak.

Oh ya, pengambilan pelajar KPM hanya dibuka pada Januari dan bulan Mei sahaja, jadi korang kena lah rajin rajin tengok laman web UPIM tu, selalu dorang akan update dekat situ. Good luck adik adik yang tak dapat UPU, jangan sedih sedih, KPM sedia membantu adik adik! :)

Nota Tepi gais: saya dah 4 tahun tinggalkan KPM, and sekarang dah belajar dekat UiTM, so kalau korang nak tanya pasal KPM sekarang ni dekat saya, saya tak tahu lah apa perubahan dekat KPM sekarang. 

Kalau korang nak tahu tentang sijil kpm ni valid atau tidak untuk sambung degree, boleh rujuk dan klik posting di bawah;

SIJIL KPM VALID UNTUK SAMBUNG DEGREE ATAU KERJA

Comments

  1. Kalau pointer kita tinggi , waktu habis diploma nnti , peluang nak dapat IPTA yg kita mintak tu cerah tak ?

    ReplyDelete
  2. banyak tak credit transfer kalau sambung degree lepas habis diploma kpm ?

    ReplyDelete
  3. Akak saya budak ambilan 2023/2024 budak dec and baru habis orientasi😭😭. Saya takut la dengan course ni sbb ramai budak pilih dec and saingan dia tinggi. Bolehtak cerita skit pasal course ni and tips. Susah sangat ke?. Rasa lambat tak habiskan diploma. And bercdang nak ddk luar kolej time sem 1

    ReplyDelete
  4. hi boleh fly ke kalau habis pengajian kat kpm ni ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila jaga kata kata anda.Terima kasih.

Popular Posts