Internship experience 'pengalaman latihan industri.

ASSALAMUALAIKUM

baik lah tanpa memanjangkan lagi bebelan aku, bagi sesiapa yang pernah baca entry aku yang pernah aku post kan dahulu adalah berkenaan internship or internshit aku yang pernah aku alami di sebuah resort di pahang ini.


di dalam entry itu jugak aku pernah bagitahu yang aku akan reveal kan nama resort yang pernah aku intern dahulu tu setelah aku habis latihan praktikal dan juga konvo, ye lah kan siapa je tak takut kalau aku reveal awal before aku convo nanti terjejas pula markah aku kalau ada yang jumpa entry ni dan menjadi viral secara tiba tiba hahaha.


Baiklah, oleh kerana aku telah pun selamat berconvocation dan mendapat result yang cukup hebat juga, maka dengan itu hari ini aku akan reveal berkenaan tempat yang aku pernah membuat latihan pratikal dahulu. Tapi before aku reveal nama resort itu, aku nak bagitahu yang resort tu sebenarnya kalau korang nak bercuti ke nak duduk resort tu, tak ada masalah pun sebab semua staff dekat situ peramah saja, tapi tidak lah semua staff, ada juga yang muka macam cuka, tapi kalau korang duduk situ memang sangat selesa oleh kerana resort itu berhadapan dengan pantai saja, jadi kalau nak relax dengan family ke memang disyorkan sangat sangat.

Tapi, kalau korang rasa nak praktikal dan course korang bukan lah yang melibatkan hospitaliti, walaupun korang rasa course korang boleh duduk di front office atau admin tapi sebaiknya korang kena berfikir sejuta kali, sebab apa? Sebab every student intern yang intern di situ, akan diletakkan di every department, for example, F&B ataupun housekeepng, even though your major courses isn't related at all with that department dan itu apa yang aku alami, bermula dari F&B dan berakhir di housekeeping, kerja di pejabat pun tidak lah seindah yang korang tengok dalam tv. 

Kerja aku dalam pejabat hanya lah main laptop aku, tengok drama korea or melayu secara diam diam, sebab boss dekat situ agak strict juga, nampak orang main phone je kena marah ahahaha. Tak pun, aku akan tolong supervisor aku sikit sikit, tapi kerja yang biasa jelah, tolong gunting, tolong baca kan, tolong photostat, tolong fax, itu adalah lumrah untuk student intern lah kan hahaha.

Ok lah tanpa banyak cerita lagi, resort yang aku intern dulu terletak di Rompin,Pahang. Nama resort itu ialah Rompin Beach Resort. Course aku pula sewaktu aku intern di sana ialah, Diploma in English Communication. Jauh beza dengan housekeeping dan juga F&B kan? Tapi alhamdulillah, sewaktu viva presentation, aku banyak kelentong dalam slide aku dan juga report aku agar nampak macam aku buat kerja secara sukarela dan bukan dipaksa. Paling utama sekali, resort itu tidak menyediakan elaun lagi kepada pelajar praktikal, dan aku adalah pelajar praktikal pertama yang dia tidak sediakan elaun dan untuk pelajar seterusnya, dengar kata sebab nak cut cost sebab banyak kerugian.

But, it is not fair lah, aku banyak betul buat kerja kena paksa, housekeeping dan sebagainya, penat letih urus beratus bilik just for one day, tapi tak dapat elaun, rasa macam bekerja free je pula kan, hahaha sedangkan yang kerja untuk housekeeping time bilik banyak or senang kata part time pun boleh dapat duit, tapi aku yang intern ni? Dapat penat je.


Oh ya, Mungkin korang tak pernah pun datang sini dan mungkin ada yang pernah datang untuk menginap di resort ni, dan semestinya akan ada pendapat yang berbeza. Tapi bagi aku, resort ini kalau korang menginap untuk bercuti bersama keluarga or buat family day, memang aku recommend juga lah, walaupun kadang servis dia slow sikit tapi, it is a good place to spend time with your family, sebab tempat dia agak cantik, dan bilik dia cantik juga.


Tapi sepertimana yang aku cakap, untuk student yang rasa nak intern, tapi kalau course korang tidak melibatkan hospitaliti, lebih baik korang jangan intern di hotel ya. Walaupun korang rasa dekat hotel itu ada bahagian admin atau sales, but better dont. Sebab mostly aku dengar dari kawan aku yang pernah intern di hotel, yang sama course dengan aku, mostly akan kena buat kerja yang bukan kerja kau pun. Tapi, tidak lah semua hotel, masih ada je hotel yang berhati perut yang sesuai untuk korang intern, cuma korang kena pandai cari. 

Baiklah, sekian sahaja dari aku, alhamdulillah aku lulus dengan cemerlang dan telah selamat berkonvo dan sekarang masih menunggu result rayuan UPU dan berharap agar aku dapat tempat untuk melanjutkan pelajaran aku ke peringkat ijazah.

p/s: aku belajar di kolej profesional mara, dan kolej aku tidak ada kena bayar PTPTN, semua mara tanggung dan tak perlu bayar balik pun, yuran pun murah. mana mana student yang rasa nak sambung belajar tapi tak tahu dekat mana tempat yang okay, boleh la mohon di UNIT PUSAT INSTITUSI MARA , korang boleh klik je link sebelah tu. Tapi, tak apa, nanti aku akan cerita kan di next post berkenaan kolej profesional mara.


Comments

Popular Posts