MOVIE REVIEW : TOMBIRUO

Assalamualaikum! Hai, harini aku nak buat satu movie review pasal TOMBIRUO yang keluar di pawagam pada 12/10/2017 haritu. Keluar je movie tu, aku terus pergi tengok. Sebab pertama aku nak sangat tengok movie tu sebab *ehem* aku minat dekat Zul Ariffin, jadi sebagai peminat setia (sangat), aku ajak cousin aku untuk teman aku pergi tengok movie tu pada hari pertama movie tu dikeluarkan.

Hasil carian imej untuk tombiruo

To be honest, jalan penceritaan dia sangat menarik dan sangat sangat lah berbaloi kalau korang pergi tengok, nak tengok banyak kali pun okay. Aku tak baca pun novel tombiruo ni, jadi aku tak tahu la sama ada apa yang diceritakan dalam novel tu sebijk macam yang dikeluarkan di pawagam.

Tapi, mengikut kata cousin aku, dia cakap memang kena tepat pada hati la bila tengok movie ni dan kalau kau pernah baca novel dia, kau akan rasa memang sama rasa nya bila tengok movie dan dalam novel.

Bagi seorang yang tak baca novel tombiruo macam aku ni, bagi aku movie ni sangat sangat lah gempak gila, sampai buat aku rasa macam "wow" hebat jugak malaysia punya filem ni, memang setanding macam international, puji pujian aku ni bukan la puji sebab abam zul ariffin aku berlakon, tapi memang itu apa yang aku nampak lepas aku menonton movie ni.

Watak Ejim yang dibawa oleh Zul ariffin sangat sangat menusuk jiwa, cara dia bergasak dengan Amir iaitu Farid Kamil, memang superb. Watak Wan Suraya dan watak watak pelakon yang lain jugak turut menambah gempak movie ni untuk ditonton semua orang. Budak budak pun boleh tengok cerita ni tau, aku rasa kalau bawa anak anak buah aku tengok movie ni, mesti semua nak jadi macam EJIM.

"orang kampung kata, tombiruo boleh hidupkan hutan?" - wan suraya

Ayat yang aku ingat dari start keluar teaser itu sampai sekarang. Memang tak rugi sangat aku pergi menonton filem ni. 

dari 5 bintang, aku bagi 20/5 bintang. ha ok tak? Hahahaha.

Comments

Popular Posts