Punca Kencing tak lawas! (INFO)

Assalamualaikum! Fuhhhh! Berhabuk jugak blog ni. Dah lama aku tak menjengah blog ni sejak dah start semester 4 yang dah habis dan sekarang tengah berada di dalam semester 5. Kebelakangan ni memang agak busy. Lagi lagi dah semester 5 kan, iaitu semester akhir. Memang susah la aku nak buka blog dan share story.

So tanpa membuang masa, harini aku nak share satu info tentang 'KENCING TAK LAWAS' atau 'KENCING KOTOR'. Haaa, dah lama tak blog tetiba nak cakap pasal air kencing pulak kan. Hahaha pedulik!

Sebab sebab aku tetiba nak share pasal kencing tak lawas ni adalah kerana aku sendiri sedang mengalaminya sekarang ni ! Dah lama tak kena woi, eh tetiba kena ni rasa nak nangis kot! Dah lah tengah bulan puasa. Hadapppp!

Entah kenapa dalam banyak banyak bulan, bulan puasa jugak nak kena kencing tak lawas nih? Haih. Ni kejap kejap rasa nak terkencing. Terpaksa la aku pergi toilet. Tapi bila dah pergi toilet tu, alahai tak membantu langsung air kencing keluar ciput ja weh. Faham tak perasaan 'tak puas' nak kencing tu? Hahhh. Lepastu pulak rasa perit pedih je bila air kencing tu keluar, tuhan je lah yang faham :')

Leceh la kan bila asyik nak kencing setiap minit. Sampai aku punya malas dah nak ulang alik pergi toilet, aku pakai ja tuala wanita (pampers) senang kut kut terkencing ke. Hahahaha. Serious tak larar kot setiap minit nak pergi toilet tp air kencing sikit je 😭

Lepas je alami semua ni, aku pun gigih la mengoogle punca punca dan ciri ciri kencing tak lawas ni.

Ok so, setelah aku tanya pakcik google apakah ciri ciri kencing tak lawas ni, so ini lah hasilnya ;

1. Kerap ke toilet..Lebih 10 kali dalam sehari (Kalau boleh nak duduk lama lama dalam toilet taknak keluar langsung!)

2. Masa nak keluar air kencing rasa pedih, perit, air kencing pun panas je.

3. Kencing tak puas (macam ada lagi air kencing yang nak keluar tapi bila teran, Harammm tak keluar. Kalau keluar ciput je)

4. Kencing tak habis

5. Sakit pada bahagian ari-ari (serious sakit, pedih perit semua ada macam nak mati)

6. Tak leh nak tahan kencing (ni sebab aku pakai tuala wanita tu. Kang terkencing atas katil, buat malu je! Dah besar kan?! Hahahaha)

7. Kadang kala alami kencing berdarah (doktor cakap ada darah sikit dalam air kencing, tapi aku takde sampai tahap ini lagi.)

8. Demam (yang ni pun aku belum pernah kena lagi sampai demam demam ni)

So, dah tahu kan ciri ciri dia? Haaaa memang sebijik dengan apa yang aku alami sekarang. Tapi apa punca dia? ;

1. Kurang minum air putih (Aku rasa dah bergelen gelen air putih atau air masak atau air kosong dah aku minum)

2. Suka tahan kencing (YES! Yang ni memang aku kerap buat sejak bulan puasa ni. Lagi lagi bila dah lepas sahur sebab minum air masak banyak sangat mula la nak terkencing. Tapi malas nak pergi toilet sebab jauh sangat dengan bilik. Duduk asrama kan, toilet pun dekat luar. Huhu)

3. Hygiene - yang ni aku memang jaga la kebersihan. Kita gegirl kan? Takkan nak kotor pakai seluar dalam sama banyak kali. Lepas tu panty liner pun jangan la sehari tu yg sama je! Tukar k!?

So, begitulah cerita dia. Cara nak ubatkan penyakit ni? Selama aku pernah kena penyakit ni aku tak pernah cuba ubatan dia. Hahahaha. Apa aku buat, itu lah. Aku pakai tuala wanita kencing banyak banyak sampai rasa kencing tu macam dah lawas. Banyak je keluar.

Tapi kalau nak lagi bagus , elok lah kita ikut cara yang benar kan? Jangan ikut cara aku tu! Itu sebab dah terdesak sangat tu. Hahaha!

Sebab aku ni malas sikit nak taip cara cara nak atasi tu. Sebab aku update blog pun guna phone ni. Sebab laptop ada dekat kolej. So, kalau korang nak tahu, boleh lah klik link ni, https://siraplimau.com/petua-hilangkan-kencing-tak-lawas/

Semoga dapat membantu korang yang sedang alami kencing tak lawas macam aku ni ya! Hehehe bye!

Comments

Popular Posts