TIPS BERSIN CEPAT DAN SENANG

ASSALAMUALAIKUM | SALAM 1 MALAYSIA

Hai korang, apa khabar semuanya? Hehe, harini dah 25/12/2016 dah. dan dua hari yang lepas result untuk semester 3 aku dah keluar, dan alhamdulillah keputusan yang memuaskan. Pointer? Okay je turun satu point je hahahaha.  Tapi aku tetap bersyukur. Sebab subjek yang aku tak tahu nak target lulus tu, aku lulus siap dapat A-, dalam hati takut betul kalau fail sebab taknak repeat weh.

Ok, apa pun aku bersyukur dan alhamdulillah thank you Allah. Dan, berbalik kepada tajuk entry aku pada kali ini, "TIPS BERSIN CEPAT DAN SENANG" macam kelakar sikit, dan logik ke - boleh guna pakai ke tips ni? Haa, kalau nak tahu boleh diguna-pakai atau tidak tu, biar aku cerita kan serba sedikit tentang tips ini. Okey?

Hasil carian imej untuk bersin

Sebenarnya aku pun baru tahu pasal tips ni, sebab aku baru lepas bersin tadi, dan tetiba macam gatal tangan nak google pasal "bersin singgah", mesti korang pernah alami kan? Dan mesti rasa bengang gila bila korang nak bersin dah ready nak bersin pun dengan mimik muka yang hodoh, eh tetiba dia singgah je. Sabar jelah kan? Hahaha, so dengan itu aku nak share lah tips ini, dari sebuah blog yang aku baca. Aku belum cuba lagi, tapi akan aku cuba setelah aku buat entry ni dan nanti aku update 'testimoni' nya ye. Hahaha

Aku copy beberapa ayat dari blog ini untuk memudahkan korang mengikut tips untuk bersin dengan cepat dan tak ada halangan ni, tapi kalau korang nak baca full entry boleh lah pergi ke blog empunya tips ini ya,    HIDAYAH HILMAN



" SILA PANDANG KE ARAH CAHAYA BILA KORANG NAK BERSIN. TAK KIRA LAH CAHAYA MATAHARI (paling efektik tengok kearah matahari terik), CAHAYA LAMPU KALIMANTANG ATAU CAHAYA DARIPADA MENTOL BULAT. Dengan serta-merta korang akan bersin dan-dan tu jugak.

Korang tak percaya? Cuba la sendiri.

Kaitan dengan teori science ialah, zarah-zarah bersin (bakteria) akan bergerak dengan lebih cepat bila tenaga haba dibekalkan dengan memndang ke arah cahaya. Macamana haba masuk dari pandangan mata dan turun ke hidung, nanti aku kaji kemudian. Hehe... Aku belum masuk bab tu lagi. Dan after korang pandang cahaya 2 atau 3 saat, korang akan terus bersin. Tapi takde lah sampai tercabut hidung. At least korang akan rase lega..aahhhh... dan mula menyembur-nyembur orang sekeliling. Cuba tengok gambar dibawah, mungkin terlalu ekstrim tapi bukankan ini yang anda mahukan??"


Sekian itu sahaja tips dari aku hari ini, harap dapat lah membantu korang yang mempunyai masalah bersin singgah tu ya? Heheh kalau cubaan korang menjadi, sudi sudilah komen, aku nak tahu jugak, Hehehe

Comments

Popular Posts