SUKA CABUT RAMBUT (Habit)
Assalamualaikum, Hi semua.
Berkaitan dengan tajuk di atas, korang ada tak habit macam kalau tengah boring tu nak cabut rambut, kening, bulu mata tak kisah la mana mana bulu korang ada hahaha. Kalau korang ada rasa suka cabut rambut ke atau mana mana bulu time korang tak buat apa apa, mesti tangan korang automatik akan pergi dekat rambut or dekat mana mana yang ada bulu pada badan korang dan korang pun cabut. Haaa, pernah alami tak or korang memang tengah alami sekarang?
.
.
.
.
.
Okay, sini aku nak bagitau kalau korang pernah alami perbuatan seperti itu, bermakna korang sedang menghidapi Trichotillomania. Apa itu Trichotillomania? Atau sebutannya seperti ini
'tri-ko-tilo-mania'
Haa, Trichotillomania ini adalah sejenis penyakit tau. Mungkin tak famous seperti penyakit penyakit lain, tapi ia tergolong di dalam golongan "mental". Tapi dia tidaklah seteruk sampai macam gila nak bunuh diri, no. Tapi, dia boleh jadi sampai ke tahap itu kalau tak dikawal dengan betul.
Ia juga dikenali sebagai "hair pulling disorder" bak kata orang putih hahaha. Kalau dah ada disorder disorder tu memang ia tergolong dalam penyakit "mental" lah ye kawan kawan semua.
Tujuan aku buat entry ni sebenarnya memang ada kaitan dengan diri aku. Aku memang suka gila gila cabut rambut sejak aku kecil lagi. Waktu aku berumur 10 tahun. Dulu, rambut aku memang panjang, tapi aku start cabut rambut bila aku rasa boring tak ada apa nak buat, tangan pun mula cabut sendiri satu satu rambut. At first memang sakit, tapi bila dah kebiasaan buat, jadi rasa macam "wow besntnya" dan rasa nak lagi dan lagi. Kadang kalau tengah tengok tv, baca novel pun tangan boleh pergi dekat rambut nak cabut rambut.
Tapi, aku tak adalah sampai tahap cabut rambut sampai kepala botak macam pesakit Trichotillomania yang ni,
.
.
.
.
.
.
(gambar sebagai contoh)
.
.
.
.
Korang jangan terkejut, ada juga di kalangan pesakit Trichotillomania ni yang bukan sahaja cabut rambut, tapi dorang juga cabut bulu mata, kening, dan juga bulu di kemaluan pun ada yang cabut.
.
.
.
.
.
.
.
(gambar contoh)
.
.
.
.
Rasa macam tak betul je kan penyakit ni? Tapi, ia memang wujud dalam dunia nyata dan aku sendiri alami benda yang sama. Tapi aku tak sampai tahap bulu mata,kening dan kemaluan pun aku nak cabut. Hahaha, aku cuma gian nak cabut rambut je dan sampai sekarang aku masih ada habit yang sama dan aku sekarang tengah cuba stop kan habit yang aku ada ni.
Penyakit ini selalunya, kanak kanak yang hidap penyakit macam ni. Dan ia juga boleh bawa sampai dia dah besar kalau tak dikawal dari kecil. Jadi korang, ibu bapa dan bakal ibu bapa atau akak akak , abang abang yang ada adik adik bawah umur ni, elok lah tengok anak anak korang atau adik adik korang yang kecil tu takut takut dorang ada habit cabut rambut tanpa korang sedar.
Kalau dah ada penyakit, mesti lah ada punca kan? Okay, punca punca terjadi nya penyakit ni diikutkan oleh orang barat, mostly penghidap penyakit ini mereka mempunyai tekanan perasaan yang tinggi, anxiety, rasa takut juga, gementar, gemuruh juga adalah punca seseorang alami penyakit ini. Tapi, tak lah dekat semua orang, dekat sesetengah lah, contohnya aku.
.
.
.
Ya, aku memang selalu juga alami tekanan perasaan atau orang barat cakap "depression" "stress" . Boleh dikatakan hari hari lah, sebab aku selalu sangat 'lack of confidence' bila ada dekat orang yang ramai, rasa macam aku ni tak guna je duduk sini, aku tak cantik bla bla bla semua kelemahan diri aku, aku nampak dan aku rasa aku tak sesuai ada dekat situ sini sana haaa. Kadang, bila aku cabut rambut tu aku dapat rasa satu kepuasan macam aku boleh lupakan sekejap stress aku ha macam tu, kadang kadang kalau ada masalah pun bila aku cabut rambut boleh lupa sekejap masalah aku tu.
Penyakit ini juga sampai sekarang masih tak ditemui lagi cara cara untuk merawat penyakit ni. Tapi kalau bagi pesakit mcm aku ni yang tak sampai tahap kritikal sampai botak separuh kepala tu masih boleh dikawal lagi dengan pukul tangan sendiri kalau tetiba naik kat kepala nak cabut rambut, and sometimes memang menjadi hahaha. Other ways untuk atasi habit ni, korang tampal lah note dekat mana mana tulis "jangan cabut rambut" "nanti botak takde orang suka" tak pun buat la wallpaper phone korang ke, so that korang sentiasa ingat yang korang tak boleh cabut rambut. Haaa gitu. Tak pun, korang buat lah diri korang busy supaya korang lupa untuk cabut rambut hari ini, esok dan seterusnya dan sampai bila bila sampai dah takde rasa nak cabut rambut dah,
Tapi, bagi pesakit yang hidap penyakit ni dan sampai tahap tak boleh kawal dorang cabut rambut tu, elok lah pergi jumpa pakar pskiatri di hospital yang berdekatan dan dapatkan nasihat dari dorang dari berterusan korang cabut rambut sampai dah botak licin dekat sesetengah area rambut korang tu. Haaa.
.
.
.
.
Dan aku rasa sampai sini sahaja info yang boleh aku beri pada semua tentang penyakit Trichotillomania ni. Aku harap dapat lah membantu sesiapa yang ada habit macam aku ni, dan aku harap agar korang pun boleh stop kan habit ni dari berterusan sampai lah korang dah tua nanti. Malu la kan bakal somi tengok korang takde rambut nanti. Hahaha.
Saya salah seorg pengidap yg kini berusia 51 thn.
ReplyDelete