SUKA GIGIT KUKU? (HABIT)
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM | ASSALAMUALAIKUM WBT
Hai korang, pernah tak jumpa orang yang suka gigit kuku? Atau mungin korang sendiri yang tengah baca entry ni adalah seorang yang suka gigit kuku?
Kadang kadang jari tu tak boleh diam, pantang letak dekat mulut je, mula la gigih nak gigit kuku sampai kuku tu macam hidup segan mati pun dia tak mau. Kalau tengok kadang, rasa geli je kan tengok orang yang suka gigit kuku ni? Tapi kita ni sebagai manusia yang punya akal yang diberi olehNya, jangan la judge suka suka hati. Tak baik tau, kesian orang tu. Bukan dia mintak pun jadi suka gigit kuku.
Jadi, entry yang aku buat kali ini, adalah khas untuk orang yang suka gigit kuku atau kenal sesiapa yang suka gigit kuku. Korang nak tau tak, sebenarnya gigit kuku ni bahaya tau. Tanpa korang sendiri sedar, termasuk lah aku, sebenarnya gigit kuku ni memudaratkan jugak la kepada diri sendiri.
Sebab apa?
Pertama sekali, kenapa orang suka gigit kuku dan kenapa masalah ni berlaku? Baik lah, setelah aku baca baca artikel artikel lain, dan tengok serba sedikit video di youtube, kata mereka, orang yang suka gigit kuku ni ada masalah berkaitan dengan psikologi. Ini kerana, bila kita tanya dorang, dan suruh dorang berhenti gigit kuku, jawapan yang sering kita dengar,
"Susah lah nak berhenti, ko ingat senang ke"
"Aku dah biasa dari kecik gigit kuku, ko tau ape"
paling seram jugak lah dengar,
"Sedap la gigit kuku dan kunyah kunyah kuku ni"
Nak dipendek kata, tabiat macam ni, memang susah sangat sangat nak berhenti, sama kes macam orang yang suka cabut rambut. Sangat sangat susah untuk suruh dorang berhenti. Mungkin sehari dua hari jalan la, bila masuk hari ketiga dan keempat, kau pun boleh jalan daaa dari suruh dorang berhenti.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku ada lah salah dari seorang yang suka gigit kuku. Jangan kata habit suka cabut rambut je aku ada, suka gigit kuku pun aku suka, tapi suka gigit kuku ni hanya waktu aku kecil je, tk ada lah aku bawa sampai besar. Aku mula gigit kuku sejak aku darjah satu sehingga darjah 5. Punca aku gigit kuku? Sampai sekarang aku tak pasti, yang aku tahu sedap je gigit kuku tu.
Tapi, aku start berhenti gigit kuku waktu darjah 5, itu pun sebab cikgu aku nak check kuku sape panjang, dia nak rotan. Maka aku time tu adalah salah seorang yang ada kuku panjang, jadi tak nak kena rotan punya pasal, aku pun gigit la kuku. Bila sampai turn cikgu check kuku aku, cikgu pun tegur,
"awak gigit kuku ke? buruk kuku awak tak cantik dah asyik gigit je"
Mak kau, tersentap gila teruk aku dekat situ, dah la cikgu cakap depan crush pulak, gila tak malu. Rasa nak lari terjun bangunan. Hahah tipu. Ok, berbalik pada tajuk aku tadi, sebab aku tulis entry ni, aku nak share kepada orang yang masih ada masalah suka gigit kuku sampai hari ni.
.
.
.
.
.
.
.
KEBURUKAN GIGIT KUKU
1. BAKTERIA : kalau korang nak tahu, dekat kuku kita tu ada banyak bakteria dan kulat, walaupun korang basuh banyak kali macam mana pun, akan tetap ada kuman. Jadi, kalau korang gigit kuku ni, dah terang lagi bersuluh la korang dah gigit sekali bakteria yang ada dekat kuku korang tu masuk dalam mulut korang. Sebenarnya, gigit kuku ni cuma habit je, mungkin orang nampak macam habit biasa, tapi sebenarnya ini adalah bad habit yang akan memudaratkan diri korang sebab boleh mendatangkan penyakit tanpa korang sedar. Jadi kena la stop gigit kuku sebelum korang dapat penyakit yang tak diingini.
2. JANGKITAN SKUNDER : Kebanyakan orang yang suka gigit kuku ni, selalu nya akan gigit kuku dorang dan dorang akan koyakkan sekali kulit dekat tepi tepi kuku tu. Dah tentu tentulah jadi lagi teruk, sebab nya? Sebab bila kulit korang tu dah luka dan terdedah, memang senang la jangkitan akan terjadi. Paling teruk kalau ada luka terbuka, sebab bakteria ni senang je nak masuk dalam sel darah dan merebak ke sel badan yang lain. Ye lah, dah orang dah bagi laluan percuma, jadi dia masuk jela jalan kan kerja dia. Sebab tu la, selalu nya lah, kita tengok orang yang gigit kuku ni agak pengotor dan kurang bersih. Mungkin tak semua... tapi selalu nya memang begitu. (kalau ada terasa tu, bawak bawak lah berhenti gigit kuku)
3. KURANG KEYAKINAN DIRI : keburukan lain untuk korang yang gigit kuku ni, kuku korang akan jadi rosak dan tak cantik. Dan selalu nya, dorang yang gigit kuku ni, selalu tak confident dan nampak kurang sikit la normal dia. Cuba korang imagine lah kan, bakal mak mertua ke nak sarung cincin, atau pasangan korang nak sarung cincin ni, tetiba tengok kuku korang, Allahu, macam kena kekah dengan rimau, pendek kemetot tak teratur, takkan la korang tak malu? Macam pengalaman aku waktu cikgu nak check kuku, lepastu cikgu tegur kuku aku, sumpah aku cakap aku sentap gila weh, muka adalah comel jugak walaupun takda sangat, lepastu kuku pulak macam syaiton, memang buruk la jawab dia. hahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
Jadi, untuk tidak lagi memberi lebih keburukan kepada diri korang dengan gigit kuku ni, sini aku share serba sedikit cara untuk mengatasi diri korang dari terus gigit kuku sampai takda kuku nak gigit. Ini cara aku lah yang pastinya.
1. LETAK MINYAK KAPAK DEKAT JARI
Korang letak la minyak kapak banyak banyak dekat jari tu, jadi bila korang gigit kuku, confirm rasa pelik pelik je, macam berangin semacam, dan disebabkan rasa macam tu, confirm korang terus rasa tak jadi nak gigit kuku. Ye la, mood nak gigit kuku hilang begitu saja dengan rasa berangin cap kapak.
2. BALUT DENGAN INAI
Kalau perempuan, boleh la korang pakai inai dekat jari korang, pakai je hari hari, sebab bila pakai inai mesti la korang tak boleh gigit kuku kan, takut kang tertelan pulak inai yang dah dibancuh dan letak dekat kuku tu, lantak pi apa orang nak cakap, korang nak hilang habit ni kan? Jadi kena lah usaha, kalau lelaki pun boleh je cuba kalau korang confident nak hadap kawan kawan korang yang akan mengejek korang sebab pakai inai. Hahahaha.
3. SIBUKKAN JARI JEMARI ANDA
Bagi student, boleh la sibukkan jari jemari korang dengan buat kerja sekolah, siap kan semua kerja sekolah. Pegang pen, buat ulangkaji, at least bukan je habit gigit kuku tu hilang, korang sendiri akan dapat ilmu tau. Bagi pelajar kolej, dah tentu tentu korang banyak gila assignment kena buat kan? Apa lagi, buat lah assignment korang, bukak laptop dan taip satu persatu, confirm tak akan ada rasa nak gigit kuku.
Tapi, kalau korang rasa ada jugak nak gigit kuku tu, korang gigit jari korang kuat kuat, bagi beringat sikit, nak jadi apa ni gigit kuku? Macam tak ada benda lain dah nak gigit. Kunyah la chewing gum, kalau rasa bosan sangat tak ada benda nak gigit. Haha.
4. POTONG KUKU
Ya, ni paling penting, sentiasa potong kuku kalau tengok kuku tu dah panjang, tak elok juga bela panjang panjang, kotor pulak. Lebih elok korang potong kuku pendek, nanti bila dah pendek, korang pun tak boleh nak gigit kuku dah sebab pendek, nanti mesti sakit nak gigit sebab kuku pendek sangat.
.
.
.
.
.
Jadi itu sajalah perkongsian dari aku, dan macam mana aku berhenti dari gigit kuku waktu darjah 5. Serious menjadi dekat aku, kalau dekat korang aku tak pasti lah, yang penting kena lah usaha, sampai bila korang nak gigit kuku? Tak malu ke dekat orang lain yang tengok? Gigit kuku ni menunjukkan diri kita ni tak berapa nak sopan, ye lah, dah engko kenapa gigit kuku depan orang, tak malu ke? Lepastu kuku jadi buruk pendek kemetot, tak cantik weh, baik lah korang stop gigit kuku korang sebelum jadi apa apa yang tak dijangka.
Diharapnya, sesiapa yang baca entry aku hari ini, sedar akan keburukan tabiat gigit kuku. Dan mari lah sama sama kita, ajak kawan kawan yang suka gigit kuku, untuk stop gigit kuku.
Sekian saja dari aku, insyaAllah, kalau ada masa, aku akan share tabiat pelik pelik yang lain pulak ya? Bye!
Comments
Post a Comment
Sila jaga kata kata anda.Terima kasih.