internship or internshits?

Assalamualaikum untuk semua sekali rakyat dan penghuni yang berada di blog dan yang masih sentiasa kekal berada di blog untuk meluahkan perasaan kalian, mengisi kekosongan di hati, meluangkan masa yang lapang, untuk berkongsi serba sedikit tentang kisah kehidupan anda atau untuk berkongsi tips tips yang kemungkinan boleh digunakan untuk semua pembaca di laman sesawang ; blog.

hari ini, bertarikh 7 November 2017, bermula lah hari aku memulakan pekerjaan sebagai pelajar praktikal di sebuah resort dekat pahang ni. Dah minggu ke 3 hari aku berpraktikal disini. Dan walaupun masih freshie gitu, aku tetap nak share juga la pengalaman aku selama tiga minggu disini, walhal aku masih ada 3 bulan untuk menapak disini sebagai pelajar praktikal.

hari pertama praktikal - 23 Oktober 2017.
bersiap seperti biasa menghadiri hari pertama sebagai seorang pelajar praktikal di resort, di hati, di minda aku dah terbayang akan buat kerja yang menyeronokkan sebagai seorang pekerja, disebabkan penyelia aku di resort memberitahu aku bahawa aku akan diletakkan di sales department, pasti la kepala ni memikirkan tentang kerja kerja yang seronok dilakukan, macam ala ala dalam tv kita biasa tengok, ; duduk depan komputer / laptop, menaip, angkat call dan sebagainya.

setibanya aku di resort, aku turun kereta dan pergi lapor diri kepada penyelia aku, seorang perempuan. biasa jela. okay, and dia intro aku dekat semua staff disini, start dari penyelia aku sehingga la staff yang lain beri intro pada diri aku untuk semua pekerja disini. kemudian, penyelia aku beritahu aku, yang dia akan meletakkan aku pada bahagian f&b (food&beverage), agak kekeliruan jugak la aku pada waktu itu disebabkan aku ni bukan la daripada jurusan atau diploma bahagian hospitaliti, jurusan aku ialah di bahagian komunikasi bahasa inggeris, (diploma in english communication).

jadi, disebabkan aku ni 'hanyalah pelajar praktikal', aku hanya menurut perintah beliau la kan, dia terangkan pada aku yang aku hanya lah akan melakukan PR di pagi hari, which is greet all the guest yang akan turun makan at the cafe and collect meal voucher from them, kalau yang tiada meal voucher pulak, aku cuma perlu explain to them about the price for the meal at the cafe. so ok la, agak related la, sebab aku english communication and i need to communicate with people la kan. so far, ada la foreigner yang aku communicate menggunakan english and rasa bangga la sebab boleh terapkan itu dalam intern aku. perasaan berkomunikasi dengan foreigner tu takdela macam 'alamak aku gelabah nervous gila nak mati', takde pun, aku relax je dan over confident sangat la berbanding communicate english in class or in front of my lecturer memang rasa tak confident tu banyak. hahaha.

ok, waktu aku bekerja ada lah pada jam 7pagi sehingga 3 petang setiap isnin-sabtu, pada hari sabtu tu pulak aku half day. dan pada hari ahad adalah hari untuk aku offday bersuka ria, tidur bangun lewat pun takpa. so ok la walaupun rasa terpaksa, dan rasa macam 'i need cuti on saturday and sunday bitch'. tapi relax la kan, 3 bulan je pun, hahaha. pakaian untuk aku berpraktikal disini adalah, baju kemeja putih or any baju warna putih plain bersama kain hitam atau seluar hitam dan tudung gelap. so ikut jela kan, terpaksa la beli dua helai baju kemeja sebab nak praktikal. huhu, walhal pakai untuk 3 bulan je, macam bazir sangat.

ok, the next day, start la aku experience greet customer, and not that bad la, aku rasa ok je. lepastu jam 10 atau 9, aku akan masuk office, kalau customer dah tak ramai, aku akan terus masuk pejabat dan memulakan kerja aku didalam pejabat.
namun, apa yang aku bayangkan tak la seperti yang aku jangkakan akan berlaku. hahaha. i need to bring my own laptop, (ni ok la), then aku kena hantar email to any company and the content is about family day punya package, aku hanya menurut perintah. aku hantar je semua.
dan kemudian, aku kena hantar EO which is (event order) untuk setiap unit which is, f&b,kitchen dan fo. hantar jela kan sebab kita ni praktikal je. dah pula kita kene potostat itu ini, fax itu ini.

kalau nak diikutkan, course aku tak related pun with photostat ke hantar sana sini or fax semua ni. tapi tu la disebabkan kita hanya praktikal, dan biasa la kena je la ikut arahan orang atas kan. to be very honest, aku sangat sangat menyesal intern di sini. sebab apa? sebab ia nya tak kena dengan expectation aku dan courses aku.

aku fikir, kalau intern di tempat seperti resort, hotel ke apa, ok la boleh relate dengan course aku, since my lect pun cakap, course aku sesuai dekat hotel dan bla bla bla. so i try la. bila dah dapat, tak kena la pulak. disuruhnya kita buat kerja lain. huhuhu, aku hanya mampu redho untuk menempuhi another 3 months dekat sini.

persoalan; aku dari kolej mana? intern di resort mana?

semua ni tak perlu la aku cakap kot. hahaha, biar lah rahsia. aku akan reveal bila aku dah habis intern.. and i totally wont recommend any practical students to do their internship here. lagi lagi yang courses seperti aku. sumpah takyah la. dah la takde elaun, and buat kerja bukan kerja kau. hahaha. membazir tenaga. tapi, kalau yang memang dari bidang hospitaliti tu, elok la intern sini, cuma itu la takde elaun. hahaha.


Comments

Popular Posts