yang gagal itu kembali.

Terkadang yang gagal itu bukan lah selamanya berada di kelompok 'gagal' 
Terrkadang yang gagal itu lah yang mengajar kita akan erti tentang sesuatu
Terkadang yang gagal itu juga lah yang akan membantu kita kelak.

Namun, benar kah yang gagal itu akan kembali lalu menjadi yang akan 'mendatang'?


************************

Dalam hidup ni, aku diajar bahawa perkara yang lepas tak usah dikenang. Perkara yang lepas elok dibuang jauh jauh agar tidak akan mendatangkan keburukan di hari kelak. Mereka mengajar aku tentang, 'apa yang sudah dibuang, tidak perlu diambil kembali'. Mereka mengajar aku agar terus menjadi kuat walau apa yang terjadi dan jangan pernah kau menoleh untuk melihat apa yang telah mengajar kau untuk menjadi hari ini.

Tetapi, mereka tidak pernah tahu, yang tidak usah dikenang, tidak usah dilihat, tidak usah diingat itu yang membuat aku menjadi begini. Bila dicuba nya melawan perasaaan dikatanya ego. Bila dicubanya untuk menidakkan segala rasa ini dikatanya bongkak. Jadi, apa yang harus aku lakukan?

Dia,

Dia datang kembali. Dia yang dulu pernah merobek hati dan perasaan ini. Dia dulu yang pernah buang jauh jauh, dia yang dulu pernah aku lepaskan agar orang sekeliling akan bahagia. Dia yang dulu memberi aku parut yang mendalam, kini kembali. Kembali nya bukan memberi sekeping harapan. Namun memberi kekeliruan di dalam hati ini.

Makin cuba ditepis, makin ia datang dengan berani. Namun, perasaan yang melanda di kotak fikiran ini membuatkan aku keliru, membuatkan aku takut untuk berhadapan dengan realiti. Setiap yang terjadi ini menjadi persoalan di minda. Menjadi satu tanda tanya. '?'

Hadir nya dia adakah memberi makna atau hanya sekadar persinggahan di kala hati sedang tidur? Hati yang sedang tidur lalu bangun, melihat kehadiran yang lama datang kembali bertaut di hati. Lalu, hati itu berasa lena, berasa duka, berasa sakit. Sakit nya hati itu bukan lah kerana kenangan lama. Sakitnya hati itu, sakit untuk berhadapan dengan realiti yang sedang tegak berdiri namun tidak tahu kemana arah tujunya itu.


Comments

Popular Posts