Sunday, August 21, 2016

Kerap ditanya soalan sama.


Hey,

tengok muka Kim Possible tu, mesti dah boleh agak nak cerita pasal apa kan? yang pasti sesuatu yang agak menyebalkan gitu. pernah tak korang selalu asyik ditanya oleh kawan kawan korang, "tak bosan ke takde bf?" and paling sakit hati bila orang tanya kita, "macam mana nak lupakan orang yang kita sayang?" weh, aku sendiri pun struggle nak lupakan syarul, kau boleh tanya aku macam mana nak lupakan orang kita sayang?
orang tengok aku pun macam no feeling je bila orang tinggalkan aku, takkan aku nak tunjuk? aku simpan dalam hati je semua, biar orang tau kita ni sebenarnya kuat dan bukan lemah.

tapi, kalau dah time lampu dah switch off, malam, dah gelap, time tu kau nak menangis meraung pun takde siapa yang kisah. sebab aku selalu buat macam tu. okay, pasal soalan 'tak bosan ke takde bf?' kalau dah lama sangat menyingle (single) macam aku ni, aku tak hairan pun, asalkan perut aku kenyang, aku bahagia tu pun dah cukup. Hahaha.

tapi tu lah kan, siapa je taknak bercinta? memang serik bercinta, tapi tetap ada rasa keinginan untuk bercinta lagi, itu lah lumrah seorang manusia. apa pun, doa yang terbaik jelah, mana tahu dapat macam redza sekali, aku memang dah cukup bersyukur dah. eh? hahahaha.

by the way, harini aku dah kena balik kolej, sekejap je cuti, nak tunggu midsem lagi 3 minggu. besok ada test dan macam macam, aku sekarang fikir nak settle assignment habis, test habis lepastu mungkin boleh relax sikit lah kot, nak focus benda yang penting dulu, soal post blog ni aku tolak tepi dulu, sebab bila bila boleh buat. tapi kalau test, assignment? bila bila ke boleh buat? memang tak la kan, nangis air mata darah aku kalau dapat markah rendah.

okay itu je, jumpa di lain hari. 

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Sila jaga kata kata anda.Terima kasih.

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png