Tuesday, June 28, 2016

preparation raya + raya rumah baru!

Hey,

Ya Allah, lagi beberapa hari je kita nak raya dah kan? Tetiba rasa pulak nak tinggalkan bulan ramadan ni. Kalau dulu, waktu kecik kecik nak cepat cepat habis puasa, tapi bila umur dah semakin meningkat ni, terasa sayang nak tinggalkan bulan ramadan ni, rasa macam nak puasa lagi lama lama. Hehe, sebab keberkatan pada bulan ramadan tu bukan senang kita nak dapat, setahun sekali kot.

By the way, preparation untuk hari raya korang macam mana? Dah siap beli baju raya, kuih raya semua? Hehehe, kalau aku, baju raya je dah selamat sampai, aku mampu beli online je. Entah lah, macam tak berapa nak excited celebrate raya ni, mungkin sebab dah besar kot, hahahaha. Yang lebih tepat adalah, sebab dah takkan dapat duit raya lagi. Huhuhu (nangis bawah bantal).

Baju raya, dah settle, tinggal kuih raya lagi tak buat apa apa pun. Malas betul nak buat kuih raya, tapi mak aku pun dah tanya bila nak buat kuih raya. Dalam kepala aku cuma fikir nak beli kuih raya je, nak buat tu memang tak ada mood. Boleh tak, takyah ada kuih raya? Haha, pergi makan kuih raya rumah orang je, lebih afdal. Tolong menghabiskan kuih raya dekat rumah orang. Hahahaha

Actually, sekarang aku dah officially pindah dekat rumah baru. (YEAY), tapi barang tak habis angkut lagi dekat sini, macam bilik tidur aku sekarang pun tak complete lagi, sebab takde katil, takde robok, almari, meja make up (paling penting) dan cermin untuk make up. Hahaha sedih. Tapi, yang penting, tahun ni beraya dekat rumah baru, which is suasana kampung yang paling aku suka, tak bising macam dekat rumah taman aku tu, malam malam bising bunyi motor lah, anjing lah, dan macam macam, sampai nak tidur pun tak lena.Hehe

K lah, rasanya tu je nak share untuk harini, sebab nak sambung tengok kdrama aku. Hahaha, bye!

:)

No comments:

Post a Comment

Sila jaga kata kata anda.Terima kasih.

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png