Tuesday, June 28, 2016

preparation raya + raya rumah baru!

Hey,

Ya Allah, lagi beberapa hari je kita nak raya dah kan? Tetiba rasa pulak nak tinggalkan bulan ramadan ni. Kalau dulu, waktu kecik kecik nak cepat cepat habis puasa, tapi bila umur dah semakin meningkat ni, terasa sayang nak tinggalkan bulan ramadan ni, rasa macam nak puasa lagi lama lama. Hehe, sebab keberkatan pada bulan ramadan tu bukan senang kita nak dapat, setahun sekali kot.

By the way, preparation untuk hari raya korang macam mana? Dah siap beli baju raya, kuih raya semua? Hehehe, kalau aku, baju raya je dah selamat sampai, aku mampu beli online je. Entah lah, macam tak berapa nak excited celebrate raya ni, mungkin sebab dah besar kot, hahahaha. Yang lebih tepat adalah, sebab dah takkan dapat duit raya lagi. Huhuhu (nangis bawah bantal).

Baju raya, dah settle, tinggal kuih raya lagi tak buat apa apa pun. Malas betul nak buat kuih raya, tapi mak aku pun dah tanya bila nak buat kuih raya. Dalam kepala aku cuma fikir nak beli kuih raya je, nak buat tu memang tak ada mood. Boleh tak, takyah ada kuih raya? Haha, pergi makan kuih raya rumah orang je, lebih afdal. Tolong menghabiskan kuih raya dekat rumah orang. Hahahaha

Actually, sekarang aku dah officially pindah dekat rumah baru. (YEAY), tapi barang tak habis angkut lagi dekat sini, macam bilik tidur aku sekarang pun tak complete lagi, sebab takde katil, takde robok, almari, meja make up (paling penting) dan cermin untuk make up. Hahaha sedih. Tapi, yang penting, tahun ni beraya dekat rumah baru, which is suasana kampung yang paling aku suka, tak bising macam dekat rumah taman aku tu, malam malam bising bunyi motor lah, anjing lah, dan macam macam, sampai nak tidur pun tak lena.Hehe

K lah, rasanya tu je nak share untuk harini, sebab nak sambung tengok kdrama aku. Hahaha, bye!

:)

Sunday, June 26, 2016

my crush will get married!

Hey!

what a lazy day today, I just spend my whole day dengan tengok kdrama Boys Over Flowers, sekali dengan menghilangkan rasa gundah gulana dan sedih di hati ini apabila that crush that you like are getting married soon (after raya, maybe). this is why I really hate when my heart like someone, because that someone will end up getting married with other woman and NOT ME. Like whaaat?

started to think that i'm always going to be alone for the rest of my life kot? well, seriously rasa sedih sangat, guys i'm hurt kot! Bukan taknak doakan kebahagiaan dia,but still, I feel lost, I feel arghh tak boleh nak describe macam mana peraaan tu, and all I can say is, nothing.
nak ucap tahniah or selamat berbahagia dekat dia sekarang? Memang tak lah sekarang. someday maybe. Sekarang ni hati masih berduka lagi tau.

I hope, my heart, my brain will stop liking someone lah and do not ever put high expectation that someone will like you back. and just no, do not have any feelings like love feelings towards man, a guy.

sekian :)

Friday, June 24, 2016

Sem 2 result + Holiday activity

ASSALAMUALAIKUM

Hi to everyone, selamat berpuasa (walaupun dah nak habis puasa) tapi aku harap masih belum terlambat nak ucap lah. Since that these days agak busy jugak kot sebab rumah tak ada tv, and laptop ni dekat rumah baru. Busy nak kosongkan rumah and bawa semua barang dekat rumah baru.

Okay anyway, alhamdulillah and syukur sangat sebab result sem 2 kali ni agak gempak juga for my self. Sebab pointer aku meningkat, alhamdulillah and I will try harder next sem to achieve dean list, sikit je lagi nak dapat dean list untuk sem ni, tapi masih belum ada rezeki lagi. But, it's okay.

So, cuti sem ni, I do nothing much, banyak spend my time on reading novels, banyak juga novel aku baca, and watak novel paling aku tak boleh move on sampai sekarang ialah, Dani Ikram from BIMBO. From my opinion lah, aku lebih suka cerita dari novel berbanding tv, sebab yelah kat tv dia kena split kan sikit jalan cerita, so jadi tak berapa nak best, but yeah novel BIMBO memang best and I would like to read it again, sumpah rindu gila dekt Dani Ikram yang dalam novel, bukan tv. Hahaha. How I wish, dapat jumpa orang macam Dani Ikram dalam real life, tapi angan angan jelah kan, sebab orang macam tu hanya akan wujud dalam novel je. Dalam dunia nyata? Ko rasaaaa? Ada ke? HAHAH

Okay, aku teringin nak share lagi satu aktiviti (lah sangat) yang aku selalu buat time cuti sem ni ialah, tengok youtube, sebab rumah dah takde tv, so I always depend on youtube tak pun site kepala bergetar untuk tengok drama dekat tv3 and astro. But, more to youtube and sampai jadi gian tengok youtube sampai rasa macam nak jadi youtubers. Tapiiii, I dont have any camera and editors yang kebaboom nak jadi youtubers. I've tried once, record my video and tried to edit using windows maker 2.6 in my laptop, tapiiiiiiiii dia tak dapat detect video from iphone and note 3 aku, mungkin sebab video dia quality kebaboom sangat kot? Jadi oleh sebab itu, aku terus ranapkan impian aku untuk jadi youtubers yang tak berapa nak berjaya.

Dan lagipun, kalau aku jadi youtubers, aku takkan dapat update new video selalu. Sebab, well, i'm students, so masa untuk edit video dan study? Lebih baik aku ambil masa tu untuk study berbanding edit video kan? Hahaha, so nanti lah tunggu aku dah habis belajar, I will try to be a youtubers yang tak berapa nak berjaya.

Hehe, so, rasanya tu je nak share kot? Kalau ada apa apa lagi terlintas dekat otak fikiran ni, I will update soon. So, bye and selamat berpuasa berhari raya. :)
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png