Friday, March 25, 2016

Mimpi?

Pernah tak mimpi tentang sesuatu perkara tu dengan kerap? Misalnya mimpi korang kena berkahwin atau perkahwinwan yang dirancang keluarga. Tapi korang terima perkahwinan tu dan tak rasa dipaksa pun.

Pernah tak?

Aku ni masuk harini dah dua hari mimpi perkara yang sama.
Dan ya, mimpi tentang perkahwinan. Tapi, aku tak nampak siapa lelaki dalam mimpi aku tu. Cuma, yang aku tahu lelaki dalam tu baik sopan santunnya dan mak dan ayah aku suka dekat dia.

Tapi bila balik di dalam dunia nyata, kalau nak dikaitkan dengan mimpi yang aku alami tu.
Aku memang tak ada boyfriend, apatah lagi crush crush ni. Dan tak minat dekat mana mana lelaki pun melainkan artis.
Haha, takkan lah artis pula kan?

Cuma, tertanya tanya kenapa dua hari berturut aku mimpi perkara yang sama?
Mungkin hanya mainan tidur atau ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan?

Apa pun, aku cuma berserah pada Allah je. Moga dia tentujan jodoh aku dengan orang orang yang baik dan beramal soleh.
😭

No comments:

Post a Comment

Sila jaga kata kata anda.Terima kasih.

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png