Tuesday, January 5, 2016

NEWBORN BABY GIRL (niece)


Assalamualaikum

Baiklah sebenarnya aku dah lama nak update entry berkenaan my new baby born niece, yeay alhamdulillah finally, aku dapat juga anak buah perempuan yang kedua. Sumpah excited sangat sangat.

Pada 22 November 2015, 3:05AM
Lahir seorang puteri yang diberi nama Afrin Imani Qaisara binti Masrin.
Excited sangat bila akak aku cakap dia dapat anak girl, sebab aku memang harap sangat dapat baby girl since aku ada sorang je anak buah perempuan yang nakal sangat and I wish to have another one too tapi tak nakal lah biar comel comel macam acu dia hahaha.
Dan lagi satu sebab, aku ni penggemar make-up juga so I wanted to make-up my anak buah untuk dijadikan testimoni make-up aku, and now aku ada testimoni yang kedua! Hahaha, kami panggil dia "Q" for short from "Qaisara". How to pronounce it? Alah macam kau sebut "Q" (kiu) haa macam tu jelah pronounce dia. Hahaha, mak aku beri nama tu and so far baby Q ni okay je bila panggil nama tu dia tak nangis pun malah mencari cari bila orang panggil nama tu. Hehehe



So,  ni, adalah gambar Baby Q, waktu ni baru 5 hari atau 4 hari lah kalau tak silap, waktu ni baby Q kena kuning lagi, kesian dia.
Kesian Q time tu kena kuning, almost 2 weeks juga lah, tinggi juga kuning dia dalm 12 macam tu, sedih tengok Q hari hari kena pergi klinik and injection ><


Ok ni pula gambar Q waktu umur berapa hari lah tak ingat, mungkin sebulan kot? Eh I'm not sure la sebab ni gambar lama jugak letak dalam laptop, ada gambar baru dalam phone tapi malas sangat nak transfer, hahaha.
Q memang suka sentil kan lidah dia, eeee geram betul kalau tengok, and mata dia bulat gila tau!

P/S : Q pakai baju abang dia waktu abang dia baby, sebab time ni tak ada baju gegirl untuk baby huhuhu.

Itu lah dia, my penawar duka, cinta hati saya, Baby Q. Rindu sangat dekat dia, sekarang dia dah tak ada dengan aku dah, dia dah balik Melaka huhuhu. Aku suka cium dia kalau bangun pagi pagi, tapi sekarang dia dah tak ada, rasa sunyi sikit hihi.
Tapi, takpalah insyaAllah raya cina ni nanti aku dapat jumpa dia lagi, hehehe acu tak sabar nak jumpa awak Q, nak cium awak puas puas.






No comments:

Post a Comment

Sila jaga kata kata anda.Terima kasih.

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png