Wednesday, January 6, 2016

Lagu dan Terjebak ke alam kpop.

IU - LOST CHILD (MIA)

Assalamualaikum
Hai korang, sebenarnya aku nak sangat letak lagu dalam blog, and lagu yang aku tunjuk dekat atas ni, lagu daripada IU-Lost Child. my old favourite songs. Waktu tu aku masih budak hingusan lagi, ya lagu korea. Aku memang berkpop dari zaman aku sekolah iaitu pada tahun 2009, sekolah menengah time ni baru form 1. Waktu tu aku cuma kenal group 2NE1 dan 4MINUTE dan BIGBANG je, tak boleh nk explore lebih lebih group sebab waktu tu parents aku tak mampu lagi pasang wifi atau broadband dekat rumah, dia nak suruh anak dia belajar. Hahaha

Tapi..

tahun 2010, baru lah parents aku beli broadband itu pun setelah mendapat desakan dari aku dan kakak aku, katanya sebab sekarang ni sekolah banyak nak cari info dalam internet (kononnya,padahal nak main MySpace) waktu tu kan MySpace popular gila, lepastu baru lah wujudnya facebook tapi kesian lah aku sebab tak sempat nak alami  untuk main friendster dan yang lain lain, waktu tu aku cuma ada MySpace,Facebook dan Tagged. Tagged kau! Siapa main? Penuh orang orang yang agak pemikiran kuning juga kat situ, tapi aku tak layan sebab aku main untuk suka suka LOL, bajet bajet jadi artis juga masa tu.

Bila diingat balik zaman zaman budak hingusan dulu memang kelakor lah, aku start berKpop sebab dipengaruhi oleh kawan aku iaitu, Lina (kawan sejak tadika), dia pengaruh aku suruh aku dengar lagu 4MINUTE yang bertajuk (What A Girl Wants) dan juga 2NE1 (I dont care) dan BIGBANG ft 2NE1 (Lollipop). Dan aku pun terjebak, lepastu akak aku ajak tengok cerita korea yang agak famous waktu tu, BOYS OVER FLOWER! Siapa tak tengok time tu dia tipu! Hahahaha feeling habis tengok waktu tu.

Then, aku pun mula lah dengan tengok drama korea yang lain lain, iaitu My Girl. Itu salah satu fav aku dari dulu sampai lah sekarang, kalau tengok tak sah tak nangis, sama macam BOYS OVER FLOWER tu. Dan akhirnya, aku pun berkpop sampai lah ke hari ini, dan aku mula realize yang aku start hardcore on satu group ni iaitu T-ARA dan BEAST iaitu waktu zaman zaman Oh! My School. Sumpah rindu kot nak tengok shows tu, hahaha. Aku start jadi DIADEMS (waktu tu fandom t-ara adalah diadems tapi sekarang dah QUEENS) dan juga B2uty waktu 2010 lah. Sampai lah ke hari ni aku support T-ARA, sejak kejatuhan diorang pun aku ada dengan diorang, serious memang tak boleh move on dari minat T-ARA, they are so precious to me, tak tahu kenapa. Sama macam BEAST, walaupun aku banyak tersuka dekat male group lain tapi aku tetap suka BEAST. Hehehe dan tak lupa juga kepada 4MINUTE dan 2NE1 dan BIGBANG sebab membuat kan aku terjebak ke alam kpop sampai  ke hari ini dan kepada kawan aku dari zaman tadika-sekolah rendah-sekolah menengah sampai hari ini, Lina, yang buat aku terjebak juga. Hahaha

Okay tetiba membebel pasal zaman hingusan aku kan? Point nya aku nak cerita yang aku nak letak lagu dalam blog je, Yes nak letak, tapi macam menyusahkan orang lain dan diri aku sendiri bila buka blog aku, ye lah tak semua guna wifi laju dan tak ada quota kan, kena yang ada quota tu habis pula quota mereka sebab terpaksa mendegnar lagu di blog yang bukan dorang nak dengar pun, luls.
Jadi aku batalkan hasrat tersebut, tak pelah aku dengar sendiri sendiri je.

Kehkeh, anyway sesiapa yang kpopers dekat sini, cerita lah macam mana korang boleh terjebak dengan kpop? Pada zaman bila? Nak tahu juga, and boleh post link entry korang dekat komen aku atau cbox dekat tepi ni, aku sudi juga nak baca.

BYE !

No comments:

Post a Comment

Sila jaga kata kata anda.Terima kasih.

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png