Tuesday, January 5, 2016

Kenangan.

Assalamualaikum

lately ni, banyak betul orang kawin pada usia yang muda kan? habis SPM terus kahwin, kadang tu tak sempat habis SPM pun dah kahwin, apa pun reasons dorang kahwin awal mesti ada reason yang tersendiri kan, kita siapa nak menokok nambah cerita?

Okay lah, begini, baru baru ni, kenalan rapat aku yang mana aku kenal sewaktu aku di PLKN dulu dah pun berumahtangga pada 25 Disember 2015 yang lepas. SubhanAllah, kawan aku sendiri dah kahwin dan dah mencipta rumahtangga bersama insan yang tersayang. Nama beliau, fikah. Aku lebih selesa panggil dia fikah.
Tapi,
persahabatan kami tak ada lah lama mana di PLKN, dia ada lah orang pertama yang aku jumpa sewaktu di checkpoint kat Terminal. And the first one yang greet aku and asked me to sit with me dalam bus, she was a good friend tbh. Waktu dalam PLKN so far aku memang selalu dengan dia, cuma kami lain kompeni saja. Aku kompeni Delta dan dia kompeni Alpha.

macam yang aku cakap tadi, persahabatan kami di PLKN tak lama, sebab seminggu selepas di PLKN dia kena balik, sebab ada sakit yang tertentu, sewaktu JL pada malam tu umumkan di kantin bahawa dia kena balik, I was very sad TT. yelah, dia kawan pertama aku jumpa, dan tiba tiba dia kena balik. tak sempat kami nak merasai pengalaman di dalam kem bersama. tapi, itu lah kan nak buat macam mana, Allah dah tuliskan nasibnya sebegitu.

tapi, persahabatan kami tak ada lah sampai disitu saja, malah kami masih lagi berhubung sehingga ke harini. Dan tadi baru aku tahu bahawa dia telah pun mendirikan rumahtangga. Tahniah buat awak fikah, semoga berkekalan sehingga ke akhirat nanti. Amin

Since that I forgot where did I put my picture with her, so, aku tak boleh lah nak upload dekat sini. Hahaha, tak tahu lah dekat album mana aku letak, totally forgot sangat. Haih, tak apa lah, asalkan our friendship last longer, insyaAllah. semoga bahagia, sahabat.




No comments:

Post a Comment

Sila jaga kata kata anda.Terima kasih.

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png