Saturday, January 2, 2016

Kehidupan Baru

sebab aku dah belajar dekat tempat baru ni which is aku sekarang dah nak masuk sem 2 lagi beberapa hari je, so aku nak cerita la hows my life aku sepanjang dekat kolej ni, ok lah tak nak sebut full kolej aku, nanti ada pulak new student yang nak masuk ni baca, malu lah ai kot kot dia terjumpa I pula dekat kolej, hahaha.

so here is it, my kolej. haaaa, aku yang baju hijau gelap tu. dan yang baju kuning tu ada lah classmate aku sejak dari sem1 dan bakal sem akan datang ni pun dia adalah classmate aku, so far sepanjang aku dekat sini, aku banyak dengan dia je, walaupun waktu first orientasi dekat sini, aku bukan kenal dia pun, aku kenal dia pun melalui whatsApp group kolej sebelum masuk kolej tapi tak kenal muka, LOL
nama dia Nana, takyah full name lah kan. dia bawah umur aku, but kami kawan macam tak kira umur ke apa aku bantai je panggil "kau aku" dengan dia, aku tak suka orang panggil aku "akak" sedangkan tua cuma setahun je, come on lah guys. hehehe


and yang ni, adalah kawan masa first aku jumpa waktu orientasi, dan aku panggil dia Fawaa/Faraa. yes dia kawan waktu aku first orientasi sampai lah harini, we stick together walaupun tak sama kelas. dan waktu first day kat sana kami tak sama bilik pun, but aku jumpa dia waktu aku masuk dewan sebab aku lewat sampai >_< dan waktu tu dia lah yang aku tegur, actually aku tak tegur sangat sebab dia cakap aku sombong gila time first day kat sana, hahaha. tapi memang semua benda time orientasi aku dengan dia je, kumpulan sama, everything! oh ya, faraa yang baju kelabu tu. heheh. dia memang seorang kawan dan adik yang baik sangat, selalu tolong aku kalau susah tak kira lah apa pun. and dia baik hati, walaupun dia ni orang yang berada, tak pernah nak show off dekat orang lain, itu satu sifat dia yang aku suka. dia selalu tolong orang. dia memang kawan yang baik.


okay ni pula gambar aku dengan fawaa dan juga ika, ika yang tudung hitam buat peace tu. dia pun kawan yang baik juga, dia sebilik dengan fawaa and aku start kenal dia pun sebab dia sebilik dengan fawaa same goes to nana tadi, hahaha. sebab waktu tu aku dengan roommate aku macam tak kamcing. back to story, ye ika memang baik, dia asal kelantan,kuala krai. dia selalu ingatkan kitorang untuk solat, and i can said that she's quite muslimah, so memang selesa lah berkawan dengan dia, too many things yang dia tolong aku and aku appreciate sangat. thankyou ika :)


ini pulak, ezzati, yang tudung purple tu. aku panggil dia zati kadang kadang zaty. hahaha. dia pun kawan yang baik jugak memang baik sangat. actually aku pun baru baru je rapat dengan dia, takdelah baru sangat kira lama jugak, sebab dia pun roommate dengan fawaa juga. hahaha so, aku memang rapat dengan roommate fawaa, banyak jugak aku share dengan dia story, selalu kalau datang bilik fawaa, aku akan lepak dekat katil dia, baring sebelah dia and ketawa sama sama and berborak benda benda kosong. hahaha serious aku rindu dekat dia, tapi next sem aku dapat sama bilik dengan dia, so excited nak share life tugeder gitu hahahaha. 

so, majoriti aku banyak rapat dengan roommate orang lain berbanding roommate aku sendiri, nana,fawaa,zati,ika dorang satu bilik kecuali aku. aku selalu menjadi tetamu VVIP dekat bilik dorang lah kiranya. hahaha selalu lepak. dorang pun selalu ajak aku datang bilik dorang. and we having fun together :)
bercakap tentang roommate, ya aku ada roommate aku, and kami ada juga gambar bersama,


okay ni dia roommate aku, hahaha bermula dari kiri, Thirah,Aiena,Nisa and Insyi. seronok juga satu bilik dengan dorang ni walaupun aku tak rapat dengan dorang. ingat lagi waktu tu kami tinggal berlima lah, malam tu memang ada kena kacau dekat asrama kitorang, takut punya pasal terus tidur satu katil tu lima orang, hahaha waktu tu bulan puasa. ya Allah time tu memang rasa akrab sangat sampai share katil sebab takut punya pasal. dorang pun baik juga dengan aku, banyak juga tolong and banyak share cerita bersama. tapi next sem ni tak sama bilik dah, so aku happy sangat sebab pernah jadi roommate dorang, banyak kenangan manis dan pahit bersama and thanks a lot korang! :)

dan next sem, bermulalah hidup baru aku, dengan roommate baru, haha tak sabar juga nak lalui, harap semuanya okay tak ada gaduh gaduh, amin


so, next sem bermula hidup aku dengan dorang sebab sama bilik, kecuali ika. since bilik next sem cuma empat orang je satu bili, kami terpaksa berpisah dengan ika, ika duduk bilik dengan iyla but still kitorang ajak dia tidur bilik kitorang. hahaha. sangat tak sabar nak jumpa korang, and harungi life bersama sama. see you guys lagi beberapa hari je lagi ni okay! sayang korang, hope kita terus bersama. aminnnn :)

and yes, jika nak dibandingkan, life aku sewaktu di ku*m dulu memang jauh beza dengan life aku di kolej sekarang. aku dapat kawan kawan yang betul sudi berkawan dengan aku. sangat berbeza dengn kawan aku waktu aku sekolah yang kawan aku semata mata untuk kepentingan mereka sendiri.
aku belajar dari kesilapan.

aku pun tak ada lah menaruh harapan yang tinggi agar dorang stick dengan aku selamanya. taknak. sebab aku takut jadi macam dulu, mana kitorang rapat and then berpisah. sebab? kawan sebab kepentingan sendiri. biar lah macam ni je, asal kan kami berkawan tiada sengketa.
aku sayang kawan aku, tapi kalau orang dah balas tahi dekat aku, mana datangnya lagi sayang?
aku bersyukur pada ALLAH sebab temu kan aku dengan insan insan ini, Fawaa,Nana,Zati,Ika.
terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku dan aku harap persahabatan kita ni akan terus kekal sampai akhir. 

AMIN, moga ALLAH merestui.
sahabat kerana ALLAH.






 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png