Tuesday, December 29, 2015

Orang, dia pandai cakap je tapi tak pernah alami.

Macam kau, kau cantik tak apa lah nak cakap macam tu, kau tak rasa
bila mana orang menghina tentang kejadian kau tentang rupa kau.

Kau tak rasa.

Yang kau rasa, dapat ramai peminat
orang suka kau and people praise you for your looks and talents.

dan kau beruntung sebab dilahirkan menjadi cantik rupa paras dan segalanya.
kau buat apa pun semua orang cakap cantik.
kau menjadi perhatian orang.
bila kau meluahkan sesuatu, orang akan bersependapat dengan kau

Kau beruntung.

dan bila mana kau mengkritik tentang rupa seseorang yang kurang indah di mata kau.
kau seolah olah merasakan diri kau lebih bagus darinya.
kau hanya pandai cakap.
kau tak rasa apa mereka rasa.

pernah kah kau dihina dicaci depan muka kau oleh kerana rupa kejadian kau yang hodoh?
pernah kah kau menahan sakit nya dalam diri apabila orang membandingkan dengan orang lain?


 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png